Sunday 22 February 2015

SIAPAKAH DALANG KES ALTANTUYA ???


Kecoh...!! Iya sehari dua ini persada dunia pemberitaan negara kita nampaknya cuba dikuasai oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang.

Sedang rancak kita bersembang mengenai kisah benar bagaimana liwat itu benar benar berlaku diantara Anwar - Saiful, tiba tiba barua barua upahan Anwar tergesa gesa cuba "divert" isu yang hangat ini.


Bab kerja mahu buat korner baring nak alihkan isu memang menjadi makanan dan santapan Anwar dan segerombolan pencacai pencacainya. Oleh yang demikian jemaah ini dengan penuh tawaduk segera menjual FITNAH untuk terus menjahanamkan nama YAB Datuk Sri Najib Razak.

Bahan yang digunapakai oleh Pembangkang kali ini adalah Sirul Azhar yang menghadapi hukuman mati setelah terlibat dengan kes pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Sharibuu.

Tiba tiba Sirul seperti mendapat "talian hayat" setelah bekerjasama dengan juak juak Pakatan Pembangkang untuk memFITNAH Najib Razak.

Segala pujian dan sekalung ucapan tahniah buat pencacai pencacai Anwar kerana berjaya memulas tengkuk Sirul untuk menjadi tukang baca skrip ciptaan halunisasi dengan membuat imiginasi "Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya...".

Apakah ada sebarang bentuk ganjaran dan habuan buat Sirul untuk menjadi burung kakak tua mengikut apa sahaja yang disebut oleh pencacai pencacai Anwar....?


Melihat kepada apa yang sedang berlaku, memanglah wajar kita membuat persamaan dan perbezaan diantara dua individu bernama Sirul Azhar dengan Hanif Basree. Adakah anda masih ingat dengan nama Hanif Basree yang bebas dari tuduhan membunuh Norrita Samsuddin pada bulan Mac 2008...?


Persamaan diantara Sirul dengan Hanif Basree ialah kedua-dua mereka menghadapi tuduhan membunuh dan hukuman tali gantung menanti mereka!

Sebagai negara yang menjunjung kedaulatan undang undang dan memberikan keadilan buat rakyat negara ini dibicarakan setelah pertuduhan dibuat, maka sewaktu proses perbicaraan yang tertuduh boleh membela diri.

Sekarang kita lihat perbezaan diantara Hanif Basree dengan Sirul.... Jika anda lihat screen capture diatas tajuk berita "Hanif Kekal Bebas Tuduhan Bunuh Norrita".

Itulah dia perbezaan diantara kedua dua mereka. Hanif telah mempergunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan kepadanya untuk membela diri dan dedahkan segala bukti yang ada.

Sirul pula tidak mahu memanfaatkn peluang yang diberikan kepadanya sebaik mungkin. Sepatutnya inilah peluang Sirul pertahankan dirinya habis-habisan dan buatlah apa sahaja pembongkaran dan dedahlah segala dihadapan Yang Arif para hakim.

Kenapa baru sekarang setelah menjadi "pelarian" Sirul beria-ia mahu menyertai pencacai pencacai Anwar memFITNAH Najib?

Peluang bercakap dalam Mahkamah dengan bersumpah Sirul tak pernah sebut langsung penglibatan Najib tetapi kini mahu jadi Jagoan Upahan Anwar menyalak menjaja cerita bohong mengenai Najib.....

Semoga rakyat Malaysia tidak menjadi baghal dan bahalol untuk percaya FITNAH yang dijaja oleh Sirul Azhar.

Baca sepenuhnya di sini

BERIKUT Rumusan Penyataan Sirul Azhar

Kronologi

1.Sirul dihubungi Azilah ketika sdg membuat kerjanya dn diminta Azilah utk berjumpa di Central Market.

2.Sirul berjumpa Azilah dn ikut Azilah pergi ke sebuah hotel dimana Altantuya duduk.

3.Azilah arah Sirul buat pemantauan dn arahkan Sirul utk jimat iaitu shoot to kill.

4.Sirul tdk setuju kerana ada cctv di hotel dn mereka bergerak ke tempat lain.

5.Sirul nytakan Azilah janjikan imbuhan antara 50 ribu dn 100 ribu utk kerja ini.

Sirul lakukan arahan Azilah atas dasar janji imbuhan dn bukan diatas dasar arahan kerja.

Polis tdk laksanakan arahan atas sbb dasar imbuhan yg dijanjikan.,polis laksanakan arahan atas nama tugas dn pembunuhan altantuya bukan 1 arahan kerja keran Sirul tahu Azilah maklumkan kpd beliau kes altantuya ialah cuma menggangu Razak Baginda shj.

6.Sirul nyatakan sebelum ke lokasi pembunuhan.,dia singgah rumah dia utk ambil bahan letupan C4 ,
Semua anggota utk menyimpan C4 utk tugas kecemasan dn fakta ini membuktikan C4 itu bukan drpd kem pertahanan spt mana dakwaan pihak pihak tertentu di mana pada waktu itu Perdana Menteri DS Najib adalah TPM dn menteri pertahanan.

7.Pembunuhan Altantuya tdk dilakukan dgn perancangan tersusun spt mana Sirul katakan dlm penyataan beliau dn spt yg Sirul nyatakan pembunuhan tersebut dilakukan dgn arahan Azilah.

8.Sirul juga nyatakan dia yg menembak dn dia bersama Azilah memasang C4 dibadan mangsa dn mangsa ada merayu kerana mengandung.

9.Sirul juga mengaku dia mengambil barangan Altantuya dn dia buat semua ini atas arahan Azilah.

10.Sirul tdk pun sebut dlm penyataan itu ttg nama org lain yg arahkan dia kecuali nama Azilah shj.

Sila rujuk link penyataan Sirul :  http://www.asiasentinel.com/politics/sirul-azhar-statement/

Siapakah orangnya yang janjikan imbuhan pada Azilah...? Razak Baginda didapati tidak terlibat...dan dilepaskan..

Adakah Anwar Ibrahim dan Left. Kolonel Azmi Dalang Kes Altantuya????




Wallahua'lam....

No comments: