Saturday, 28 February 2015

HARGA RON 95 DAN 97 MENINGKAT MULAI 1 MAC 2015 ???

BANGI, 28 Feb – Harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan sama ada harga baharu petrol dan diesel yang bakal diumumkan nanti meningkat ataupun sebaliknya.
Difahamkan harga bahan bakar itu dijangka naik 20 sen berikutan peningkatan harga minyak dunia. Berikut  pula adalah mesej yang tersebar di media sosial:
"(Price Change) Dear Retailers, Please take note of price revision below:
RON 95 RM1.90 (increase RMO.20 sen from RM1.70)
Diesel RM1.90 (increase RM0.20 sen from RM1.70)
RON 97 RM2.20 (increase RM0.20 from RM2.00) 
Pls ensure the updates are effective 0001 hours on 1st March 2015. Thank You"
Khamis lalu, ISMAweb melaporkan harga minyak petrol – RON 95 dan RON 97 – di pasaran dijangka akan naik semula selepas suku pertama tahun ini berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia.
Dalam satu temu bual dengan Malaysian Digest, Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman bagaimanapun berkata, persatuan itu tidak terbabit dalam penetapan harga bahan api berkenaan, sebaliknya mematuhi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Post a Comment