Saturday, 28 February 2015

ANAK AWIE 'DIROMPAK' IBUNYA SENDIRI ???


Sekali lagi kontroversi panas melanda mereka bila, Awie mendedahkan bahawa Rozana didakwa telah ‘merompak’ dua anak mereka di sekolah bersama beberapa orang bersenjata api pada 9 Februari lalu..

“Hingga saat ini anak lelaki saya, Merah masih berada dalam jagaan saya namun tidak mustahil untuk dia (Rozana) melakukan perkara yang sama juga.

Buat masa ini saya sedang cuba mendapatkan ‘home school’ untuk Merah kerana bimbang akan keselamatannya pula. Saya juga masih tidak dapat menghubungi anak-anak saya yang telah ‘dirompak’ oleh Rozana.

Saya bimbang dia (Rozana) akan menghasut anak-anak untuk membenci saya. Tahap kesabaran saya kali ini diuji pada tahap maksimum namun saya tahu saya hanya perlu bersabar menunggu bulan April untuk penghujahan serta keputusan akan dijatuhkan pada bulan Mei.

Saya juga telah melaporkan kepada pihak polis, mahkamah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana dia (Rozana) menghalang anak-anak dari pergi ke sekolah. Hantarlah anak-anak ke sekolah dan jangan rugikan masa depan mereka” kata Awie..

Namun Rozana memaklumkan segala tindakan dilakukan kerana Awie tak memberi kerjasama yang baik.. Dia tak memberikan anak-anak mereka kerana sepatutnya diletakkan di bawah jagaannya..

UtaraNews.com

Post a Comment