Monday 9 February 2015

HANYA KERANA SUAMI 'LIKE' GAMBAR INSTAGRAM PELAJAR PEREMPUAN IPT NAIK BASIKAL, ISTERI 'NAIK MINYAK' DIRUANG KOMEN !!!


AKIBAT perbuatan suaminya menekan butang “like” di Instagram kepada satu gambar penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) wanita, seorang wanita mengamuk sakan di ruangan komen IPTS itu.

Memetik laporan dari portal Mynewshub, laman Instagram Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) memuatnaik gambar pelajarnya menyertai satu program berbasikal yang tidak diketahui tarikhnya dan lelaki berkenaan “like” gambar itu.

Tiba-tiba muncul nama seorang wanita bertanya “Abang like?”

Kemarahan wanita itu tiba-tiba meluap-luap dan mengamuk di ruangan komen berkenaan.


“Abang memang suka kan ‘like‘ betina-betina gedik budak IPT macam ni, miang punya jantan!! Ingat bini kat umah bang.

“Perangai kau ni memang tak berubah kan? suke betina gedik macam ni, better ko buang like kau tu sebelum aku mengamuk lebih teruk!!.

“Dasar kaki betina!!,” kata wanita itu tanpa dibalas oleh lelaki berkenaan.

Pengguna Instagram lain yang turut memberikan komen hanya berdiam diri dan ada yang tertawa melihatkan situasi berkenaan berlaku. sumber

Mungkin isteri tu boleh masuk kategori cemburu tidak bertempat.. atau dalam bahasa mudahnya cemburu melulu aka cemburu buta. Itu suami sekadar 'Like', bukannya komen memuji dan bebudak pempuan IPTS tu pun sedang berbasikal dengan pakaian yang menutup aurat... Cuba bayangkan jika suaminya 'Like' gambar wanita berpakaian seksi dengan aksi2 menggoda... mau rentung laptop atau hp dikerojekannya... hahahaha.....

No comments: