Saturday 7 February 2015

AUSTRALIA BENARKAN SIRUL DIBAWA PULANG SEKIRANYA HUKUMAN MATI TIDAK DIJALANKAN

Hiasan

Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar. 


Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati. 

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut. 

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik.

 Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya. sumber

No comments: