Monday, 23 February 2015

APA MASALAHNYA JIKA LISA SURIHANI HAMIL GUNA KAEDAH IVF ???


TATKALA ramai artis wanita yang berumahtangga terus mengandung, malah ada juga yang 'bunting pelamin'... Lisa Surihani nampaknya tidak sedemikian... Maka ramailah yang bising-bising...


Tetapi bila dimaklumkan baru-baru ini yang pasangan suami isteri ini, Yusry dan Lisa Surihani bakal menimang cahaya mata... kecoh pulak... Namun begitu, para peminat kedua artis terkenal dan popular itu rata-rata gembira dan mengucapkan tahniah.

Yang tak berapa 'sedap'nya ada pulak mulut-mulut jahat yang berbunyi bila Lisa ni mengandung kononnya dengan menggunakan kaedah tabung uji (IVF). Cara itu digunakan  dalam usaha untuk mendapatkan anak.. malah dari media lain juga ada mengatakan perkara yang sama.. Benar atau tidak..wallahua'lam..

Yang bising dan kecoh sgt tu pehal.. Jika benar pun begitu, apa masalahnya? Mungkin kaedah normal tidak berjaya, jadi mereka meneruskan ikhtiar dengan berusaha menggunakan kaedah IVF pula, lagipun kaedah tersebut tidak bercanggah dengan hukum Islam...

Dikhabarkan juga Lisa kini sedang hamil anak kembar... Alhamdulillah... Semoga kandungan Lisa sihat dan selamat sehingga lahir ke dunia....

Post a Comment