Monday, 23 February 2015

POLIS PERAK TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH PALING DIKEHENDAKI


Dua penjenayah yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Soon Choon, Gunung Rapat di sini Jumaat lalu, mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Sungai Kroh menghala Kampung Gajah, pagi ini.

Dua penjenayah mati ditembak dekat Tapah
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 42 dan 62 tahun yang menaiki kereta Proton Waja maut di tempat kejadian.
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, semasa kejadian, seorang pegawai operasi telah terkena dua das tembakan pada baju kalis peluru namun tidak mengalami kecederaan serius.
Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sepucuk pistol jenis Revolver .22, empat butir peluru hidup dan dua kelongsong peluru
Sementara kereta Proton Waja yang dinaiki penjenayah terbabit dilaporkan hilang pada September lalu di Pulau Pinang.

Post a Comment