Wednesday 21 January 2015

NIK AZIZ : ANTARA MENINGGAL DUNIA, NAZAK ATAU KEMBALI PULIH ???


DARI semalam, di WhatsApp mahupun Telegram apatah lagi Facebook, heboh di sana sini mengatakan bahawa mantan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Nik Aziz telah meninggal dunia. 



Admin sendiri agak keliru dengan berita2 tersebut kerana jika berita itu benar mengapa media elektronik tidak pula menyiarkannya... Puas juga lah check di sana sini. Hakikatnya... sehingga tengah malam tadi ....


Yang terkini 'berita panas media sosial' yang menjadi kegilaan para penggunanya sekarang adalah grafik yang atas sekali... Tak tau lah kata-kata dari  Presiden PASMA tu betul atau sebaliknya...

Tetapi kemudiannya...ada pembetulan la pulak...



Dalam gambar di atas, YDP PESAT no.4 dari kanan....Alfatihah....

Biarpun beliau tidak pernah sehaluan pendapat. apatah lagi dari panji politik yang berlainan dan ideologi yang berbeza, namun di saat sakitnya sedang kritikal... kami tetap mendoakan YANG BAIK-BAIK sahaja untuk beliau....




Kota Bharu: Kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menunjukkan perkembangan positif apabila sedar sepenuhnya.
Bekas Menteri Besar Kelantan terbabit sempat menunaikan solat subuh dan bersarapan minum teh o sebelum berehat semula.
Anaknya, Nik Mohamed Abduh berkata, ayahnya berbual dengan doktor berhubung kesihatannya dan perkembangan sepanjang di Unit Rawatan rapi Neuro.
“Pemeriksaan melalui CT scan menunjukkan ayah dalam keadaan normal.
“Doktor minta ahli keluarga yang sihat menderma darah untuk persediaan jika keadaan memerlukan,” katanya dalam sidang media di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.
 Sumber - Harian Metro
Alhamdulilah..............


No comments: