Sunday 7 December 2014

PASPORT BLOGGER PORNO HARAMJADAH ALVIN TAN AKAN DIBATALKAN


Paspot Alvin Tan, penulis blog yang menghina Islam dan mencaci Sultan Selangor, akan dibatalkan berikutan tindakannya boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.



Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tindakan membatalkan pasport milik penulis blog itu adalah mengikut Akta Imigresen dan mungkin dilakukan esok.
Katanya, langkah itu bertepatan dengan tindakan lelaki itu yang lari daripada undang-undang negara setelah melakukan pelbagai kenyataan kontroversi yang mampu menjejaskan hubungan antara kaum.

“Semua harus maklum bahawa hak pemilikan pasport merupakan milik negara, bukannya individu.

Negara mempunyai kuasa untuk membatalkan dokumen perjalanan tersebut. Kita mungkin membuat tindakan itu secepat mungkin...mungkin Isnin ini,” katanya - UM

 

No comments: