
KELMARIN, Mayat sepasang kekasih ditemui terapung dalam keadaan berpelukan di dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar.

Mangsa dipercayai lemas dalam tali air berkenaan selepas motosikal yang mereka naiki terbabas.

Kematian pasangan itu hanya disedari orang awam selepas penemuan mayat mereka oleh seorang pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 yang terhidu bau busuk.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam dan kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat.

Beliau berkata, mangsa dikenali Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan.

Menurutnya, keluarga Mohammad Azizul membuat laporan polis melaporkan kehilangannya 9.30 malam tadi.

Difahamkan kedua-duanya akan bertunang bulan ini dan mendirikan rumah tangga bulan depan.
Berita - hmetro
Sumber gambar ejeninfooo
No comments:
Post a Comment