Sunday 16 November 2014

MILITAN IS PENYEMBELIH WARTAWAN SENEGARA CEDERA KUBU DIGEMPUR


ANGGOTA kumpulan militan Negara Islam (IS) warga British, Jihadi John yang telah menyembelih dua warga senegaranya dan dua warga Amerika Syarikat (AS) dilaporkan cedera akibat serangan udara yang dipimpin AS di utara Iraq.



Pembunuh bertopeng yang telah menyembelih wartawan dan pekerja kemanusiaan itu dilaporkan cedera selepas lokasi mereka mengadakan mesyuarat digempur pesawat pejuang AS dan Iraq pada Sabtu.

 Seorang jururawat di hospital Al Qaim, Anbar mendakwa seorang daripada lelaki yang dibawa ke hospital berkenaan dalam keadaan cedera mirip individu yang menyembelih warga British dan AS baru-baru ini.

Kementerian Luar British berkata, pihaknya menerima laporan bahawa John telah mengalami kecederaan dalam serangan AS-Iraq dan berikutan itu pihaknya sedang mendapatkan lebih maklumat.

"Kami tidak mempunyai wakil di Syria, oleh itu ia menimbul kesulitan untuk membuat pengesahan," jelas jurucakap Kementerian Luar.

Menurut satu sumber, John dan Abu Bakr telah dibawa ke Raqqa, Syria untuk ditempatkan di kawasan jajahan kumpulan berkenaan yang lengkap dengan peralatan perubatan.

Ia sekaligus dapat memastikan keselamatan kedua-dua pemimpin berkenaan daripada terkena serangan udara AS untuk kali kedua.

Jihadi John menjadi antara anggota kumpulan IS paling terkenal selepas menyembelih pekerja kemanusiaan warga British, David Haines, 44; Alan Henning, 47, (dari Manchester); wartawan dari AS James Foley, 40, dan Steven Sotloff, 31.

Pemuda dari London itu juga didakwa antara pemimpin penting IS.

No comments: