Sunday 16 November 2014

PADAH URUT UNTUK BESARKAN PAYUDARA .....

Semua wanita pastinya menginginkan bentuk Buah Dada yang cantik dan berukuran besar. Bahkan keinginan ini sehingga membuat ramai wanita  nekad menggunakan cara segera iaitu pembedahan plastik. 

Namun, di antaranya ada juga yang menggunakan cara tradisional dengan menerima perkhidmatan untuk memperbesar payudara tanpa melalui  proses pembedahan. 


Seperti  yang dilakukan oleh wanita berasal dari Zhejian, China ini yang menggunakan perkhidmatan urutan payudara untuk memperbesarkan payudara. 

Wanita yang bernama Cao ini akhirnya menjalani rawatan tersebut. Pada mulanya semuanya berjalan seperti biasa dan payudaranya yang  berukuran B pada awalnya telah menjadi ukuran C. 

Cao pun percaya dan mahu menjalani rawatan selama setahun. Namun, bukan sahaja payudara Cao yang besar, tetapi Cao turut mengalami iritasi pada bahagian payudaranya. 

Kemudian, Cao meminta pelayannya untuk menukar minyak yang digunakan untuk urutan tersebut. Tetapi setelah diganti Cao  merasakan iritasi yang berlebihan. Ia tidak hanya merasa sakit tetapi juga ditumbuhi rambut yang lebat dibahagian payudaranya. 

Cao pun merasa rugi setelah ia mengeluarkan wang sebanyak 437.000 yuan untuk rawatan mingguan selama satu tahun tersebut dan akhirnya membawa kes ini ke mahkamah. 

Cao menuntut atas haknya  dan meminta jasa baik pihak  urutan payudara itu agar mengganti semua wang yang sudah dikeluarkan. Pihak perkhidmatan urutan tersebut pun harus mengembalikan wang Cao kerana memang ianya salah mereka akibat menempah minyak dari Jepun yang tidak iktiraf. 

Tapi, sayangnya Cao harus membayar dengan wangnya sendiri untuk merawat kembali rambut hitam yang tumbuh dipayudara tersebut.

**Huhuhu....naya....

No comments: