Monday 17 November 2014

BEKAS ANGGOTA POLIS DITEMUI MATI DALAM LONGKANG


Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang dipercayai bekas anggota polis ditemui mati dalam keadaan terbaring di hadapan kawasan kedai di Batu 5, Jalan Ipoh, pagi tadi (semalam).

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkan kepada polis untuk bantuan kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang turut berada dilokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata dan pemeriksaan terhadap badan mangsa terdapat sedikit kesan luka di jari kelingking serta jari manis kanan sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital Selayang untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR) katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.-HM

No comments: