Wednesday 29 October 2014

LIM KIT SIANG BANGGA DAN PUAS BERJAYA PERBODOHKAN MAHASISWA MELAYU UM !!!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa bangga terhadap tindakan mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM) yang berani menentang pemerintahan kerajaan dengan cara mempertahankan hak mereka sebagai rakyat di negara ini.

Kit Siang berkata, apa yang dilakukan oleh para mahasiswa di UM pada malam Isnin lalu dengan merempuh pagar utama universiti kerana ingin mendengar ucapan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan rakyat sudah mula sedar tentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.

Jelasnya lagi, golongan tersebut boleh dianggap sebagai ‘gelombang ketiga’ terdiri daripada generasi muda yang inginkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.

“Kita memerlukan geombang ketiga, dan rakyat akan kembali bangkit berjuang,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Menurut Kit Siang, sebelum ini telah berlaku penentangan atau ‘gelombang pertama kebangkitan’ semasa Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 manakala gelombang kedua berlaku ketika penubuhan Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2008.

“Gelombang kebangkitan ketiga berlaku pada 2013 (PRU-13) dan kita mendapat sokongan 52 peratus rakyat Malaysia,” kata Kit Siang merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah.

Sementara itu, beliau menyifatkan tindakan Anwar menolak tawaran perlindungan daripada negara Turki dan United Kingdom adalah satu ‘pengorbanan’ beliau bagi membuka mata rakyat tentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan.

“Mengapa Anwar kembali ke Malaysia, (walaupun) dia ada diminta untuk tinggal di Turki dan London? Kerana dia mempunyai pendirian dan mahu menunjukkan tauladan.

“Ini adalah sikap seorang patriot yang cintakan negaranya. Beliau bukan pengkhianat atau pengacau. Oleh itu beliau layak mendapat sokongan rakyat Malaysia.

“Kita (Pakatan Rakyat) membawa politik kesedaran baru kepada rakyat, dan ini adalah tanda gelombang ketiga kebangkitan rakyat untuk perubahan di Malaysia,” jelasnya lagi.-UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

No comments: