Thursday 9 October 2014

LETUPAN BOM DI HADAPAN PUB DI BUKIT BINTANG, SEORANG KRITIKAL 14 CEDERA


KUALA LUMPUR : Seramai 14 cedera, seorang dikatakan parah, dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 pagi tadi. Menurut sumber polis, joki kereta cedera parah dan kini berada dalam keadaan kritikal.



Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian ketika dihubungi media.



Beberapa buah kenderaan di tempat kejadian, termasuk kenderaan mewah, turut mengalami kerosakan akibat letupan bom berkenaan.


Letupan dipercayai daripada dua bom yang lemparkan ke tempat kejadian dari aras dua bangunan berdekatan. Namun seorang pengguna Twitter memuatnaik status mengenai kejadian tersebut  dengan mengatakan bahawa sebuah Toyota Alphard dipercayai membawa bom ke sebuah disco di Bukit Bintang.


"Laporan awal menunjukkan bom dicampak dari tingkat dua bangunan," kata sumber tersebut.


Salah satu daripada bom tersebut tidak meletup. Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Tung Shin. Pihak polis masih menyiasat motif kejadian.

Mangsa yang cedera terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita berumur antara 20 dan 42 tahun.

UPDATE :

MANGSA YANG KRITIKAL DILAPORKAN TELAH MENINGGAL DUNIA...