Tuesday 21 October 2014

DATUK LEE CHONG WEI GAGAL UJIAN DOPING ???


ARENA badminton tanah air akhirnya dipalit detik hitam selepas Persatuan Badminton
Malaysia ( BAM ) mengesahkan salah seorang pemain utama negara gagal dalam ujian doping yang dilakukan secara rawak di Kejohanan Dunia Copenhagen, Ogos lalu.


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga telah mengesahkan bahawa ikon sukan gagal dalam ujian doping sampel A dalam satu kejohanan dunia yang disertainya pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan siapa atlet berkenaan sehingga keputusan sampel B diketahui pada 16 November ini.

“Saya telah berjumpa dengan atlet berkenaan dan dia memberikan kerjasama yang baik,” katanya.