Tuesday 7 October 2014

BUNG MOKHTAR SIFATKAN PIHAK YANG MAHU HAPUSKAN AKTA HASUTAN BERNIAT JAHAT

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyifatkan pihak yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948 mempunyai niat jahat.

"Saya berasa hairan terhadap pihak yang beriya-iya mahukan akta terbabit dimansuhkan.... ini bermakna, mereka mempunyai niat yang jahat.
"Saya mahu, pihak berkuasa perlu mengenalpasti mereka-mereka ini. Kalau boleh, tangkap satu-satu," katanya ketika persidangan Dewan Rakyat di sini, sebentar tadi.
Beliau mencelah ketika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukri menjawab soalan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BH online