Sunday 26 October 2014

ALI ABDUL JALIL DAKWA TIDAK DAPAT LAYANAN ADIL DI MALAYSIA DAPATKAN SUAKA POLITIK DI SWEDEN


PETALING JAYA, 26 Okt – Seorang aktivis yang berhadapan dengan pertuduhan di bawah Akta Hasutan kini cuba mendapatkan suaka politik di Sweden.


Dalam posting di akaun Facebook milik Ali Abd Jalil, memuat naik status yang menyatakan dia kini sedang cuba mendapatkan suaka politik di Sweden kerana mendakwa dirinya tidak diberikan layanan secara adil daripada pihak berkuasa di Malaysia.


“Saya sering diganggu oleh geng kongsi gelap dan kumpulan Melayu yang rasis di Malaysia. Ia bukan lagi tempat yang selamat bagi saya,” katanya sambil menambah dirinya sering diekori oleh individu yang tidak dikenali.

Ali dibebaskan hujung bulan lepas selepas ditahan oleh polis selama 20 hari. Dia ditahan ekoran laporan yang diterima oleh pihak polis, yang mendakwa Ali membuat kenyataan berbaur hasutan di media sosial.

Dia menghadapi tiga pertuduhan di bawah Akta Hasutan atas kesalahan menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor melalui posting yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Pada 8 September, Ali didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana atas kesalahan membuat kenyataan yang mengkritik institusi diraja.

Ali dibebaskan pada hari yang sama selepas dia membayar ikat jamin berjumlah RM5,000 namun dia kembali ditahan ketika mahu meninggalkan perkarangan mahkamah. Dia ditahan semula atas dua kesalahan yang sama di bawah Akta Hasutan.

Suspek kemudiannya di bawa ke Penjara Sungai Buloh, dan ditahan selama 15 hari. Ali dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 September lalu.

Dia sekali lagi ditahan sebaik sahaja dibebaskan dan kali ini dia dihantar ke Penjara Johor Baru Selatan dan didakwa di Mahkamah Majistret selepas itu.

Semalam, Ali Ab Jalil dikhabarkan telah mengambil tindakan sama seperti blogger seks cina lahanat Alvin Tan dengan melarikan diri ke negara Sweden juga untuk mendapatkan suaka politik. Katanya keselamatannya di sini tidak terjamin.

Menurut kakaknya, Ali telah dibantu oleh sebuah NGO antarabangsa bagi membolehkannya keluar dari Malaysia dan kini sedang dalam proses visa di Sweden.

Dah jadi perangai orang yang menganut fahaman PR barangkali, si pengikut tabiinya melarikan diri cari suaka politik negara lain, si pemimpin pula mengemis sokongan luar untuk kepentingan sendiri.

Ali yang sebelum ini menghadapi tiga tuduhan melibatkan Akta hasutan 1948 kerana menghina institusi beraja Johor serta Selangor turut menyalahkan Kerajaan Malaysia dan Sultan yang didakwa melayannya seperti sampah sebagai antara sebab dia lari ke Sweden.

Dia sendiri yang cari masalah melakukan provokasi dan hasutan, takkanlah Kerajaan Malaysia nak kena melayannya seperti VIP. Sendiri cari pasal, jangan disalahkan orang lain bila berdepan dengan tindakan perundangan.