Monday 8 September 2014

SULTAN SELANGOR MURKA, PKR DAN DAP BIADAP DAN TIDAK HORMAT INSTITUSI DIRAJA


Dalam Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit Tuanku Sultan Selangor iaitu Dato' Haji Mohamad Munir Bani menyatakan Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bertitah hanya PAS yang akur menghantar tiga nama calon Menteri Besar (MB) Selangor seperti yang baginda titahkan.


Tuanku Sultan Selangor menganggap tindakan PKR dan DAP yang menghantar satu nama sahaja calon MB Selangor, iaitu isteri Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim; Datin Wan Azizah Ismail sebagai kebiadapan terhadap Institusi Raja dan perbuatan derhaka kepada titah Baginda.


Baginda juga amat dukacita dengan keengkaran serta tindakan biadap dan derhaka parti PKR dan DAP yang sememangnya kurang ajar dengan institusi Raja-Raja Melayu.

Titah baginda meminta sekurang-kurangnya tiga nama calon MB Selangor baru dari sesetiap Parti PKR, DAP dan PAS adalah untuk Baginda membuat pilihan terhdapa bakal MB Selangor yang baru dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahdli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, intergriti dan kebolehan ADUN tersebut.

Ciri-ciri ini amat penting bagi menjaminkan perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian negeri Selangor, titah Baginda lagi.

Jelas di sini, PKR & DAP tidak pernah mengambilkira akan kebajikan serta kelancaran pentadbiran dan keharmonian negeri Selangor demi mencapai cita-cita politik mereka namun yang amat sadis sekali adalah Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah pun secara terbuka melabel PKR dan DAP derhaka kepada Baginda. - Sarawakiana

No comments: