Tuesday 9 September 2014

PENJENAYAH PALING DIKEHENDAKI, MAUT BERBALAS TEMBAK DENGAN POLIS


Selepas lebih setahun diburu, penjenayah paling dikehendaki, ‘Mat Hatim’ atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, akhirnya tersungkur apabila maut dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, jam 4.10 pagi semalam.  

Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25, dari Kampung Merak Banggu, Bachok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Mat Hatim sudah lama diburu berikutan terbabit kes bunuh dan tembak di Kampung Kemasin, Bachok, Februari tahun lalu.

“Operasi pagi tadi dikendali sepasukan anggota Operasi Khas Bahagian Siasatan/ Perancangan (D8) Bukit Aman yang bertindak menyerbu rumah sewa didiami dua suspek terbabit sejak dua bulan lalu.

“Dalam serbuan itu suspek melepaskan tujuh das tembakan yang turut mencederakan tiga anggota termasuk seorang pegawai.

“Namun ketiga-tiganya yang cedera di pergelangan tangan, peha dan perut berada dalam keadaan stabil, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,” katanya pada sidang media semalam.

Mohmad percaya dengan kematian suspek polis berjaya menyelesaikan dua kes bunuh, tiga kes cubaan bunuh dengan senjata api selain dadah yang aktif dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Compact Cz 75D dan .38 buatan Brazil berhulu kayu berwarna coklat.

1 comment: