Sunday 21 September 2014

HANYA INGIN MEMILIKI iPHONE 6, LELAKI CHINA SANGGUP IKLANKAN TEMAN WANITA UNTUK DISEWA !!!


Akibat terlalu terdesak untuk memiliki telefon iPhone 6 yang baru dilancarkan baru-baru ini, seorang lelaki sanggup menyewa teman wanitanya dengan kadar RM5 sejam dalam usaha mengumpul wang bagi membeli gajet terbabit.

Bagi tujuan itu, Wei Chu, 25, sanggup mengangkat poster menawarkan teman wanitanya untuk disewa di luar Universiti Songjiang, di Shanghai.

Mereka yang berminat boleh menyewa wanita itu, Xiao Ai, selama sehari dengan bayaran RM26 atau RM263 bagi tempoh selama sebulan.

Namun dia menetapkan Xiao Ai hanya disewa bagi tujuan makan malam atau teman untuk belajar sahaja dan aktiviti seks tidak dibenarkan.

Dia mendakwa Xiao Ai bersetuju untuk mengambil bahagian dalam skim berkenaan dan mereka yang berminat boleh melihat biografi yang disediakan olehnya.

Kaedah `perniagaan’ yang dijalankan oleh Wei Chu ini merupakan satu langkah melampau untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone yang digunakan oleh sesetengah individu terdesak di dunia ini.

Minggu lepas, seorang lelaki Arab Saudi telah meminta abang iparnya menyediakan iPhone 6 sebagai hantaran perkahwinannya.

Tahun lepas, ketika iPhone 5 dilancarkan, sepasang suami isteri di China telah menjual bayi mereka yang baru lahir dalam usaha untuk membeli barang mewah termasuk telefon.

No comments: