Sunday 21 September 2014

ANAK SENATOR INDIA DITAHAN POLIS TERLIBAT JUAL BELI DADAH ???


Seorang lelaki dan wanita dipercayai anak kepada seorang ahli politik India berstatus Senator dari sebuah parti politik dipercayai telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam urusan jual beli dadah bernilai RM2.7 juta.

Akhbar Tamil, Thinakural difahamkan dua warga Nigeria juga ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam urusniaga dadah itu.

Akhbar itu turut difahamkan bahawa polis berjaya menumpaskan kumpulan tersebut selepas berjaya mengesan urusaniaga tersebut di sebuah kondominium mewah di Hulu Kelang, Selangor kira-kira sebulan lalu.

Kesemua mereka dipercayai telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Difahamkan dadah itu akan diseludup ke Taiwan. - MalaysiaGazette

No comments: