Friday 1 August 2014

TIDAK BENAR : INDIA POTONG TANGAN 6 BUDAK TABLIGH DI PANDAMARAN

10575320_713229825393627_9105309327694800441_o-1

Penyebaran maklumat melalui medium media-media sosial yang mendakwa bahawa terdapat satu kejadian di mana orang India telah memotong tangan enam orang Melayu (Tabligh) yang berumur 5 tahun hingga belasan tahun yang mana mereka dikatakan pulang daripada Tahfiz di kawasan Pandamaran Klang adalah TIDAK BENAR dan PALSU semata-mata.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Abdul Rahim b. Jaafar dalam sidang media pagi tadi MENAFIKAN sekeras-kerasnya penyebaran maklumat tersebut dan ia dilihat cuba menimbulkan kegusaran dikalangan masyarakat.
Walau bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat tersebut.
TIMBALAN KETUA POLIS SELANGOR
(FB Polis Selangor)

No comments: