Monday 11 August 2014

SULTAN SELANGOR PERKENAN KHALID IBRAHIM TERUSKAN TUGAS MENTERI BESAR

Post Pic 

SHAH ALAM : Istana Selangor bersetuju untuk Tan Sri Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor sehingga berlaku sebarang perubahan mengenai kemelut itu, kata Khalid sebentar tadi. 
 

"Duli Yang Maha Mulia berkenaan untuk saya meneruskan tugas sebagai Menteri Besar sehingga ada perkembangan baru dan saya akan menjalankan tugas seperti biasa," kata Khalid kepada pemberita. 
 
Setakat ini hanya PAS belum membuat pendirian rasmi mengenai kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar. 
 
PKR dan DAP mahu Khalid berundur dan digantikan dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.  
 
Jawatankuasa Pusat PAS akan bemesyuarat untuk menentukan perkara itu pada Ahad depan. 
 
Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahunya untuk terus berfungsi sebagai MB sehingga diberitahu mengenai sebarang perubahan. 
 
Beliau mengadakan perbincangan dengan Sultan Sharafuddin dan kemudian menyertai mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor di Istana Alam Shah Kelang.

No comments: