Monday 11 August 2014

MAHKAMAH LARANG GAMBAR ISTERI AWIE DIPUKUL DISEBARKAN......

 

AMPANG 11 Ogos -  Mahkamah Majistret Ampang, di sini hari ini tidak lagi membenarkan  mana-mana pengamal media menyiarkan gambar isteri penyayi rock tempatan Rozana Misbun, 36, yang dipukul sehingga mahkamah menggunakannya sebagai bahan bukti.


Arahan dikeluarkan oleh Majistret Ayini Izzaty Sulaiman ketika sebutan semula kes Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46 dan  isterinya, Rozana Misbun.

Peguam Hazman Haron yang mewakili Awie berkata, hakim telah beri arahan agar gambar berkenaan tidak disiarkan selagi ia belum dibawa dalam perbicaraan di dalam mahkamah.

"Jika gambar telah disiarkan dalam mahkamah ia boleh dilaporkan tetapai kalau tidak disairkan dalam mahkamah gambar itu tidak boleh disarkan kerana ia tidak adil kepada pihak yang kena tuduh ini adalah keadilan kepada tertuduh.

"Saya harap pihak media faham, anda boleh keluarkan apa yang berlaku dalam mahkamah tetapi jangan lah sampai memburu-burukan seseorang sebelum perbicaraan ataupun dalam masa perbicaraan ini arahan dari mahkamah," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.

Mahkamah kemudiannya memutuskan 23 September sebagai tarikh pengurusan kes.

Sebelum ini Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan memukul isterinya dan dibicarakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, di Jalan 9 USB 5, Taman Ukay Bestari, kira-kira jam 1.30petang pada 2 Jun lalu sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.

No comments: