Monday 18 August 2014

MISI KEMANUSIAAN : HANYA 3 ORANG SAHAJA DIBENARKAN MEMASUKI GAZA, BERPULUH YANG LAIN KEMBALI KE CAIRO


Kesemua 83‎ ahli delegasi pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine terkandas lebih 4 jam sejak pagi tadi di Check Point El Qantara yang menyediakan khidmat feri untuk menyeberangi Terusan Suez setelah jambatan sedia ada telah ditutup oleh pemerintahan kerajaan Fatah Al-Sisi.

Setelah berunding hampir 4 jam, akhirnya pihak keselamatan Mesir hanya membenarkan 3 orang sahaja masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

Ketiga-tiga mereka adalah Presiden Kelab Putera 1 Malaysia YB Datuk Seri Azeez Rahim, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestine Dato Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestine ke Malaysia Dr Anwar Al Agha.

Azee‎z, Ku Jaafar dan Dr Anwar telah diminta menaiki kenderaan tentera Mesir dan pihak tentera itu sendiri yang akan membawa mereka ke sempadan Rafah dengan diiringi lori kargo berisi muatan barang perubatan.

Menurut Azeez, beliau akan tetap meneruskan juga perjuangan misi ini walaupun hanya mereka bertiga dan selebih 80 yang lain terpaksa berpatah balik ke Cairo.

Semoga Allah swt lindungi ketiga-tiga pemimpin ini. Allahu Akbar...!!

SUMBER: MEDAN INFO KITA 


Marilah bersama kita mendoakan semoga mereka semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah.. dan dipermudahkan segala urusan agar misi yang dilaksanakan akan mencapai matlamatnya...

No comments: