Monday 18 August 2014

DAP KEPANASAN ... UGUT TUMBANGKAN PM JIKA FACEBOOK DIHARAMKAN !!!


DAP akan menganjurkan demonstrasi di seluruh negara jika Kerajaan Persekutuan meneruskan cubaan mereka untuk menutup dan mengharamkan penggunaan media sosial Facebook.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP menentang keras cubaan jahat tersebut kerana bertentangan dengan prinsip demokrasi dan menyekat hak rakyat.

“DAP menentang kuat percubaan BN ini dan tidak teragak-agak menganjurkan demonstrasi di seluruh negara.

“Tindakan ini jelas menafikan hak kebebasan bersuara rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dan kembali kepada zaman regresif dengan membenarkan hanya mereka yang mempunyai kawalan monopoli ke atas media berhak bersuara,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.


Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook dengan alasan kononnya mengakibatkan pelbagai penyalahgunaan di laman itu,

Shabery turut berkata kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas orang ramai berhubung perkara itu.

Kenyataan Shabery itu mengundang kemarahan pengguna media sosial terutamanya anak muda, sehingga sebahagian mereka membuat kiriman di laman Facebook dengan menyindir cadangan kerajaan tersebut dan menulis ‘kerajaan guna Facebook untuk tutup Facebook’.

Tambah Guan Eng cadangan kerajaan adalah langkah mundur ketika sektor perniagaan dan peluang mengembangkan ekonomi banyak bergantug kepada perkhdimatan laman media sosial tersebut.

“Langkah itu sekaligus memusnahkan peluang ekonomi internet yang bergantung kepada Facebook dan boleh membawa kerugian besar berjuta-juta (ringgit).

“(Manakala) hak golongan miskin dan anak muda untuk berkomunikasi melalui media sosial secara mudah dan murah juga turut dicabuli,” katanya.

No comments: