Saturday 2 August 2014

DUN SELANGOR AKAN DIBUBAR ???

alt

SHAH ALAM 2 Ogos - Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim meminta perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau membuat cadangan tersebut sekiranya PKR gagal untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu dalam isu menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  .

Abu Hassan turut menyifatkan bahawa menteri besar dari Pakatan Rakyat (PR) gagal mentadbir negeri dengan baik.

“Kami tidak kisah siapa dari PR yang jadi MB, tapi walau siapa pun sama ada calon yang baru ini atau yang lama gagal mentadbir negeri Selangor seperti yang dikehendaki rakyat.

“Maka saya berpendapat kalau PR gagal menyelesaikan kemelut di negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid boleh memohon perkenan baginda Sultan untuk membubarkan DUN,” katanya yang dipetik bnbbc.my, hari ini.

Presiden Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor itu turut menjelaskan bahawa itu adalah satu pilihan yang ada untuk menyelesaikan kemelut MB di negeri itu.

Pada pertengahan bulan Ramadhan yang lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon MB Selangor.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut mengundang pelbagai reaksi dari parti komponen PR itu sendiri.

Malah PAS secara jelas menyatakan pendirian parti itu yang memberikan gambaran untuk tidak menukar kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor.

“Saya rasa selepas dua Pilihan Raya Umum,  rakyat sudah sedar yang parti tersebut tidak boleh mentadbir negeri Selangor, mereka banyak mementingkan hal peribadi masing-masing.

“Itu (bubar DUN) salah satu jalan yang boleh difikirkan dengan syarat mendapat perkenan Sultan dan  sekali gus memberi peluang rakyat negeri Selangor pilih pentadbir yang baru,” kata Abu Hassan lagi.

No comments: