Saturday 12 July 2014

TEMAN LELAKI MODEL ESTONIA ANTARA 7 ORANG DITAHAN POLIS


Teman lelaki model Estonian Regina Soosalu yang dipercayai dibunuh di Pulau Rawa baru-baru ini sehingga menarik perhatian umum ditahan polis bagi membantu siasatan.

The Star melaporkan, Tengku Alang Reza Ibrahim, 28, ditahan polis semalam dan direman selama tujuh hari.

Ketua CID Johor Datuk Hasnan Hassan mengesahkan penahanan Tengku Alang yang menjadikan jumlah yang ditahan berkaitan pembunuhan Soosalu sakat ini tujuh orang.


Soosalu dan Tengku Alang sebelum ini terlibat dalam kes dadah awal tahun ini, lapor The Star.

Soosalu dan Tengku Alang pernah didakwa di Mahkamah Majistret pada 2 Mei kerana memiliki 5.84 gm ganja.

Pasangan itu tidak mengaku salah dan dibebaskan selepas membayar RM7,000 wang jaminan, lapor The Star.

The Star memetik peguam mereka Bustaman Menon Abdul Hamid Menon sebagai berkata, kes itu masih berjalan dan sebutan kali terkahir adalah pada 25 Mei lalu.

Semua suspek yang ditahan adalah mereka yang berada di Pulau Rawa ketika mayat Soosalu ditemui di pantai pada 1 Julai.

The Star melaporkan, suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu adalah pembantu bar, dua pekerja bot, pengurus resort dan pembantu Tengku Alang.

Datuk Hasnan berkata, Tengku Alang durut itahan untuk membantu siasatan.

"Bedah siasat sedang berjalan dan sampel dari badannya diambil untuk ujian. Butiran lain tidak boleh didedahkan sehingga ujian lengkap selesai dijalankan," katanya.

Soosalu pada awalnya dikatakan lemas, tetapi hasil siasatan mendapati ada kesan lebam pada badannya yang menyebabkan polis menyifatkan beliau dibunuh.

Laman web Estonian memasukkan satu video klip Soosalo bercakap mahu tinggal di Malaysia kerana cuaca lebih panas berbanding dengan negara asalnya yang sejuk.

Tha Star melaporkan, Tengku Alang gemar sukan papan luncur di laut.

Sumber yang rapat dengannya berkata, biasanya beliau menghabiskan masanya di Pulau Rawa dan Mersing di mana ayahnya, Tunku Alang Ibrahim Tunku Muhammad Archibald dulu memiliki Alang Resort di pulau itu. – 11 Julai, 2014. (TMI)

No comments: