Wednesday 25 June 2014

ISTERI SAHKAN KAPTEN ZAHARIE INDIVIDU TERAKHIR BERCAKAP DARI KOKPIT #MH370


Isteri juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah dilaporkan memberi pengesahan suaminya adalah individu yang mengucapkan kata-kata terakhir didengari dari kokpit pada hari kehilangan pesawat tersebut, 8 Mac lalu.

Perkara ini didakwa diberitahu sendiri oleh Faizah Khanum menerusi temubual melalui panggilan telefon kepada dua wartawan New Zealand iaitu timbalan editor Waikato Times, Geoff Taylor dan penulis bersama sebuah buku tentang kehilangan pesawat tersebut, Ewan Wilson.
Taylor memberitahu stuff.co.nz; respon Faizah kepada mereka amat menggembirakan memandangkan selama ini tidak ada media berjaya mendapatkan komennya berhubung kejadian melibatkan suaminya itu.
Bagaimanapun sekiranya benar kenyataan Faizah yang dikatakan dibuat menerusi pengecaman suara, maka ia bercanggah dengan kenyataan MAS bahawa ayat terakhir berbunyi “good night Malaysian 370″ dituturkan oleh pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.
Apa pun, berita sebegini yang dikeluarkan oleh media asing sejak akhir-akhir ini dipercayai bagi mempopularkan teori yang dijaja kembali sejak Ahad lalu bahawa Kapten Zaharie adalah individu yang paling dekat untuk disalahkan jika perlakuan manusia menjadi punca kehilangan MH370.
Tuduhan terhadap Kapten Zaharie ini bagaimanapun telah disangkal oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Tun Hussein Onn, Isnin lalu. #mynewshub
Mana satu betul pun tak tau laa... 

No comments: