Monday 9 June 2014

HUKUMAN MATI TERHADAP 10 PENGIKUT IKHWANUL MUSLIMIN KEKAL


Pengikut Ikhwanul dijatuhi hukuman mati.

KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir kekal dengan keputusan menjatuhkan hukuman mati terhadap 10 pengikut Ikhwanul Muslimin berhubung kesalahan menghasut keganasan.

Menurut laporan Al- Monitor, kes terhadap mereka sebelum ini diadili oleh kumpulan hakim, namun tiada penyelesaian hingga mahkamah memutuskan ianya diambil alih oleh mufti besar negara itu.

Kesemua 48 defendan termasuk Mursyidul Am Ikhwanul, Dr Muhammad Badie dan pemimpin kanan Abdel Rahman al-Bar dituduh melakukan hasutan di wilayah Qalioubiya tahun lalu.

Mereka juga disabitkan kesalahan menyekat jalan raya dan menyerang pasukan keselamatan pada 22 Julai iaitu tiga minggu selepas penyingkiran presiden yang digulingkan Muhammad Mursi. - SH


1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.