Thursday 22 May 2014

RAYER CELAKAKAN MELAYU, TIDAK DIAMBIL TINDAKAN, TAPI APABILA MELAYU NAK 'BELASAH' RAYER, SERTA-MERTA MELAYU DI TANGKAP !!!!


Akibat dari rempuhan masuk ke bangunan Dewan Undangan Negeri P.Pinang semalam, pihak Polis negeri telah menahan 13 orang lelaki melayu untuk siasatan kerana menceroboh. Sehingga kini, difahamkan mereka masih berada di IPD Timur Laut untuk memberikan kenyataan.

Siasatan dilakukan dipercayai atas desakan Ketua Menteri yang mahu pihak Polis bertindak tegas kepada pihak terbabit yang didakwa menceroboh ke bangunan kerajaan serta menganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Inilah nasib melayu di negara ini.. Jika bangsa bukan melayu yang bertindak diluar batasan mengecam pentadbiran kerajaan, ianya langsung tidak diambil tindakan. Tetapi jika perbuatan tersebut dilakukan oleh melayu, maka cepatlah pihak terbabit tampil untuk kedepan.

RSN Rayer yang mengecam serta memalukan pemimpin melayu dengan maki hamun "celaka".., namun langsung tiada tindakan diambil keatas wakil DAP tersebut.. Dan apabila melayu-melayu di negeri P.Pinang ini bertindak diatas kebiadapan Rayer, maka wajarkah tindakan dikenakan keatas mereka?

Sebelum ini pemimpin pembangkang seperti Tian Chua, Teressa Kok serta beberapa individu bukan melayu telah melakukan provokasi melampau terhadap pemimpin serta orang melayu didalam negara ini. Namun tiada tindakan yang diambil walaupun banyak laporan Polis dibuat.

Menghairankan dan amat menakjubkan! Pihak pembangkang sering mengutuk pasukan keselamatan didalam negara ini dan sering juga kita dengar PDRM digelar sebagai anjing kerajaan. Walaupun begitu, PDRM sering juga digunakan untuk kepentingan pembangkang sendiri.

Persoalannya disini, jika sebelum ini pembangkang menggelar Polis sebagai anjing kerajaan kerana banyak melakukan tugas mengawal entiti serta kepentingan kerajaan, apakah kini pembangkang perlu mengakui bahawa Polis sudah bertukar menjadi "anjing" Pakatan. ~ Utaranews.

No comments: