Monday 19 May 2014

PERKAHWINAN JOHANN NOORDIN SERING TERHALANG ANGKARA STATUS AGAMA ISLAM


KUALA LUMPUR : Satu kesilapan yang telah berlaku sembilan belas tahun yang lalu telah menyebabkan banyak kesulitan kepada Johann Lim Noordin.

Pada kad pengenalan rasminya, nama penuhnya dinyatakan sebagai Johann Lim Noordin bin Billy Noordin, tetapi sijil kelahiran dinyatakan namanya sebagai Johann Lim Noordin.

Johann tidak pernah memeluk Islam dan seumur hidupnya dia sentiasa beragama Buddha.

Disebut sebagai Yo- Han , lelaki kacukan bangsa cina dan india berumur 32 tahun dari Pulau Pinang ini, telah cuba untuk membetulkan kesilapan ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) sejak dia berusia 13 tahun lagi.

Menurut  e-mel Johann kepada Astro AWANI ,kesemua dokumen sokongan yang diperlukan telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk satu salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan, kad pengenalan bapanya dan borang pindaan bertarikh Oktober 7, 2011. Dia juga telah menyerahkan kad pengenalan adiknya dan surat rasmi daripada Pejabat Agama Negeri Pulau Pinang yang menyatakan bahawa namanya tiada dalam senarai mereka bagi membuktikan dengan jelas bahawa dia bukannya beragama Islam.

Dalam suratnya kepada JPN, dia telah cuba untuk menyelesaikan isu ini sejak berumur 13 tahun dan memandangkan permohonannya dipindahkan daripada satu jabatan ke jabatan lain selain terpaksa melaui prosedur yang merumitkan, Johann berputus asa dan menghentikan usahanya.

Hanya sehingga dua tahun lalu yang Johann menyedari kesan kesilapan ini banyak menimbulkan kesulitan kepada kehidupannya - Johann tidak boleh berkahwin dengan wanita impiannya dengan status agama yang tidak betul tertera pada kad pengenalannya .

Menyedari kerumitan ini , Johann sekali lagi memulakan usaha untuk membetulkan kad pengenalannya, namun hanya menerima kekecewaan akibat daripada jawapan yang dikatakan tidak menggalakkan daripada JPN. Kini, telah hampir tiga tahun namun kesnya masih belum selesai.

Menurut Johann, jawapan yang terakhir daripada JPN lebih membinggungkannya. Dalam jawapan yang bertarikh 19 Mei 2014 , JPN menyarankan agar Johann mendapatkan pengesahan bahawa dia bukan beragama Islam daripada Mahkamah Syariah. Jawapan ini membuatkan Johann kecewa dengan cara JPN mengendalikan kesnya.

Johann kini telah mendapatkan nasihat undang-undang dan merayu supaya JPN untuk meneliti kes beliau segera.

Astro AWANI telah menghubungi JPN hari ini bagi mendapatkan komen dan menurut seorang pegawai di sana, kes Johann ini sedang diteliti dan masih dalam siasatan. Tambah pegawai itu lagi, JPN tidak boleh memberikan apa-apa komen lanjut selagi belum mendapat arahan pihak berkuasa yang bertanggungjawab.



Read more at  :  http://www.astroawani.com

No comments: