Sunday 18 May 2014

DAP GUNAKAN MELAYU UNTUK TUMBANGKAN MELAYU.... !!!


Pemimpin melayu terutama Umno jangan cemburu, apabila ada orang melayu seperti Dyana Sofya Daud calon DAP bagi PRK Teluk Intan, akhirnya menentang Umno dan BN.


Dyana di masa kecilnya di momok oleh keluarga Umno, kerana ibunya sendiri adalah pemimpin veteran wanita Umno.

Dalam usia relatif muda, selepas tamat daripada UITM, institusi yang menjadi kilang kepada pemikir melayu/bumiputera dan biasanya condong kepada Umno dan BN akhir berkhidmat dengan sebuah parti yang berjuang untuk menghapuskan kedudukan dan hak melayu/bumiputera.

Dyana, 27 selepas PRU-13, dilantik sebagai Setiausaha politik kepada Lim Kit Siang, selepas memasuki DAP pada tahun 2012, dan berkempen di Parlimen Gelang Patah, untuk mengalahkan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Kini, selepas membuat pendirian, bahawa sudah tiba masanya hak semua rakyat di negara ini perlu samarata, perlu menyokong Malaysian Malaysia,maka Dyana dipilih sebagai calon, dan melihat kepada keadaan dan catatan atas kertas, hanya menunggu masa untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat yang baru.

Kawasan Teluk Intan, walaupun kawasan Gerakan, namun sejak tahun 2008, kawasan itu menjadi milik DAP. Dan kawasan itu akan terus milik DAP, atas sebab tiada perubahan luarbiasa berlaku pada kawasan itu, yang memungkinkan pengundi yang memenangkan DAP perlu berubah.

Walaupun mantan MP dan mantan calon Gerakan dan kini Presiden Gerakan, dipertaruhkan oleh BN, untuk merampas kawasan itu, nampaknya, usaha itu ibarat mendaki gunung Everest, boleh berjaya boleh juga tidak, sebaliknya, calon DAP Dyana, bagaikan memandu kereta Mewah memandu di leburaya, daripada Tol Sungai Besi ke Tol Skudai Johor, mulus dan selesa.

DAP sejak ditubuhkan, memang mempunyai perjuangan agar kesamarataan untuk semua rakyat, atas sebab itu, walaupun pernah dipelawa menyertai BN, parti itu menolak, sebaliknya meneruskan agenda, sepertimana diperturunkan oleh Lee Kuan Yew kepada Lim Kit Siang; bahawa untuk menguasai melayu, perlu menggunakan melayu; sepertimana yang dilakukan PAP di Singapura tahun 60-an dan 70-an. Kini, melayu di Singapura, tidak boleh berbuat apa-apa lagi, selain minoriti, juga tidak mempunyai kawasan khas lagi, sebaliknya, sejemput sana sejemput sini.

Umno bukan sahaja berdepan dengan penghakisan sokongan kerana tindakan PKR dan PAS kini ditambah lagi oleh DAP. Atas sebab itu, Umno jangan cemburu, jika dalam masa terdekat, akan ramai lagi Dyana akan muncul, atas sebab para pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, sanggup mengetengah pemimpin muda, sebaris dengan mereka; di mana keadaan ini, terlalu sukar berlaku dalam kepimpinan Umno atau BN.

No comments: