Tuesday, 15 April 2014

( VIDEO ) : PELIK !!! WANITA 'MENGANJINGKAN' LELAKI !!!


Apa kejadah punya lelaki sanggup 'dianjingkan' oleh perempuan sedemikian rupa. Dah hilang akal ke hapa !!! Kejadian dikatakan berlaku di Farringdon, London. Seorang wanita berjalan bersama seorang lelaki tetapi aneh apabila lelaki tersebut bukanlah berjalan seiringan dengan wanita itu sebaliknya merangkak seperti anjing dan lehernya diikat dengan tali. Lebih pelik tak ada siapa yang menegur mereka dan tidak diketahui juga apakah hubungan antara mereka berdua. Jika dilihat dari cara dan pakaian mereka yang 'sedondon', hubungan antara mereka nampaknya erat!!

Tiada penjelasan selanjutnya apakah ianya memang benar-benar belaku atau sekadar lakonan atau gimik........ Namun ianya telah menjadi tontonan dan membuatkan orangramai tercengang-bangang tatkala  melihat mereka berdua.



Video perlakuan mereka telah pun dimuat turun ke Youtube dan pastinya tersebar luas di seluruh dunia. 

Ada yang menduga mungkin lelaki ini kalah taruhan. Ada juga yang memberi komen di Youtube kemungkinan dia kantoi bersama watita lain dan sedang dihukum. Penjelasannya masih menjadi misteri. Namun tentu saja pemandangan tersebut menimbulkan keresahan bagi beberapa orang, kerana perlakuan yang kurang elok dilihat di depan umum ini.

No comments: