Friday 4 April 2014

LAPORAN POLIS TERKINI DARI WAN AZRI TERHADAP ANWAR IBRAHIM

Rakyat News

Berikut merupakan kenyataan Wan Muhammad Azri berhubung laporan polis terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim : -
Semalam 3 hb April 2014 YB Pandan Rafizi Ramli dalam kenyataan beliau di parlimen telah cuba untuk menggugut saya melalui laporan Polis yang akan beliau dan YB N.Surendran buat pada Selasa tanggal 8hb April ini.

Menurut Rafizi Ramli laporan Polis akan dibuat ke atas saya kerana didakwa telah memberi keterangan  palsu di Mahkamah sewaktu kes saman Dato Sri Anwar Ibrahim bulan Febuari yang lalu.
 
Saya tidak salah dan tidak ada apa yang perlu untuk ditakutkan dengan ugutan dari YB Rafizi Ramli dan YB N.Surendran dalam perkara ini. Saya menunggu laporan polis yang akan dibuat oleh mereka berdua ini pada 8hb April untuk saya menjalankan tindakan selanjutnya pada 9hb April yang mana turut akan membuat laporan Polis.
 
Beberapa penipuan sewaktu memberikan keterangan telah dilakukan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim di mahkamah dan ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.
 
Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan(arrestable offence).
 
Oleh itu, saya akan membuat laporan polis terhadap Dato Sri Awnar Ibrahim atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Rabu 9 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.
 
Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Dato Sri Anwar Ibrahim serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.
 
Wan Muhammad Azri
Rakyat Marhaen
4 April 2014

Rakyat News

Sebelum ini, Wan Azri menerusi laman twitternya mencabar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pandan sekaligus berani berdepan dengan individu yang beliau kaitkan dengan nama 'Papagomo'.

Cabaran itu dilontarkan sejurus Ahli Parlimen Pandan itu membuat kenyataan di parlimen semalam akan memfailkan saman dan membuat laporan polis yang baru terhadap Wan Azri kerana didakwa telah menipu mahkamah sewaktu memberi kenyataan pada perbicaraan berhubung isu Scorpene. - rakyatnews

No comments: