Saturday 5 April 2014

DS ROSMAH TIDAK MELATAH.... TENANG DAN BERSAHAJA MENJAWAB TOHMAHAN DAN FITNAH .....

gambar rosmah

ROSMAH JAWAB FITNAH PESAWAT DINAIKINYA TERHEMPAS | Sangat melampau… itulah yang boleh dirumuskan terhadap perbuatan seorang pengguna Facebook yang memuatnaik status menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meninggal dunia selepas pesawat terhempas.


Status berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia jugak kiter dikembalikan. Pesawat yang membawa isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan. Al-fatihah” itu turut disertakan gambar Rosmah bersama rangka manusia yang disunting.

Satu yang pasti, pengguna Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah ini tahu perbuatannya itu boleh mengundang kontroversi apabila turut memuatnaik satu status lain yang seakan-akan mencabar tindakan pihak berkuasa terhadapnya.

2236-300x253

Susulan dijadikan bahan lawak dan fitnah seorang pengguna Facebook, terdapat sumber menyatakan Datin Seri Rosmah Mansor telah mengeluarkan komen mengenai perkara.

Ia berbunyi:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada apa yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam – Rosmah Mansor



Rasanya, Rosmah sedar segelintir orang memang kurang menyenangi dirinya namun tindakan pengguna Facebook yang menggunakan akaun Syed Saifullah ini memang sudah melampau.

Selain terang-terangan menyebar fitnah, dia juga boleh dianggap memperolok-olokkan insdien kehilangan pesawat MH370 yang sedang membuatkan seluruh Malaysia dalam keadaan dukacita. SUMBER DARI ABGTEROR.COM

No comments: