Friday 11 April 2014

DAP NAK JADI 'HERO' ISU 1000 CINA KOYAKKAN PASPORT MAHU PULANG KE MALAYSIA !!!


Untuk info pada tahun 2003, 1000 rakyat cina Malaysia yang mengoyakkan passport mereka untuk mengumumkan bahawa mereka tidak mahu menjadi rakyat Malaysia telah berlepas ke United Kingdom dengan kepercayaan bahawa mereka boleh menjadi rakyat United Kingdom di bawah undang-undang kolonial yang telah lama di hapuskan oleh kerajaan UK. 


Lee, seorang arkitek terlatih dari Pulau Pinang, kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran Cina di tengah London - yang juga seorang mangsa berkata:

"Hak kerakyatan di Britain bukanlah sesuatu yang nyata, disebabkan ketamakan kami untuk menjadi kaya, akhirnya ketamakan kami itu telah di kesan oleh kerajaan UK, lalu mereka telah menghapuskan undang-undang mendapat Kerakyatan Luar Negara (BOC) itu. Saya telah menjadi seorang pendatang haram, sebenarnya lebih teruk kerana mereka sekurang-kurangnya ada negara untuk mereka pulang, tetapi saya tidak. Hujah untuk berkata kami membayar cukai tidak dapat digunakan pada kerajaan UK'' - kata bekas cina Malaysia yang berusia 34 tahun kepada AFP. Baca seterusnya DI SINI

Sekarang  1000  cina yang asalnya dari Malaysia tu kesal dan menyesal kerana telah memotong serta mengoyakkan passport mereka dan tidak dapat memohon menjadi warganegara UK. Mereka telah di wartakan sebagai pendatang haram oleh UK buat selama-lamanya. Mereka kemudiannya telah menulis surat untuk meminta mengembalikan kerakyatan di Malaysia tetapi telah di tolak pada suatu masa dahulu. Mereka sangat marah dan merasakan sangat hina serta di khianati oleh kerajaan Malaysia kerana tidak mengaku mereka sebagai warganegara Malaysia. Baru padan muka... sombong belagak eksen sangat!!! Sekarang apa kau rasa..?!

MP DAP dan sebahagian besar sekutu mereka berkata "Kami kaum cina setuju bahawa mereka harus di bawa pulang, kerana dengan 1000 rakyat cina yang kembali ini akan dengan secara langsung dapat meningkatkan ekonomi melalui kutipan cukai. Jadi Malaysia seharusnya mengalu-alukan dan berasa bangga dengan kedatangan 1000 bekas rakyat cina Malaysia ini."

Dalam keadaan tersepit, mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia balik. Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi kini mengorak langkah untuk membantu mereka. 

 Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ahli Parlimen DAP Tanjung, Ng Wei Aik berkata kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.

 Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan.

 "Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA. "Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun kenyataan MP DAP tersebut kurang tepat,menurut setiausaha politik DS Zahid, semua permohonan mengikut prosedur seperti biasa, tiada keistimewaan kepada mereka. Kenyataan dari Pejabat DS Zahid akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

*** Lain kali....lupa jalan pulang pun bagus juge!!  Ambil iktibar, ketika anda mendongak melihat betapa indahnya bulan di pagar bintang di angkasa lepas, jangan lupa bumi yang anda berdiri dan rumput yang anda pijak....!!!

No comments: