Friday 11 April 2014

#CINTA TIDAK BERBALAS : KANAK-KANAK 10 TAHUN PANJAT MENARA TELEKOMUNIKASI NAK BUNUH DIRI !!!


Penangan putus cinta memang luarbiasa. Kita memikirkan ianya hanya berlaku di kalangan pasangan dewasa ataupun remaja. Tapi siapa sangka, rupa-rupanya kanak-kanak juga sudah pandai menjerumuskan diri mereka ke lembah cinta....dan apabila gagal, kesannya sangat dramatik!! Ikuti kisahnya seperti yang dipaparkan di bawah..........


KEPAHIANG, INDONESIA :  

Masalah putus cinta ternyata bukan saja boleh dirasakan oleh para remaja dan dewasa saja. Bahkan budak ingusan pun boleh merasakan perkara tersebut. Seperti yang terjadi di Kabupaten Kepahiang, Indonesia, budak yang berumur 10 tahun nekad melakukan aksi cubaan bunuh diri dengan memanjat tower Telkomsel setinggi 100 meter.

Punca kanak-kanak yang duduk di kelas 4 salah satu SDN Kepahiang ini melakukan aksi nekad diduga kerana ada masalah dengan sang pujaan hati, SA (10) yang merupakan teman bermainnya.

Gara-gara peristiwa percubaan bunuh diri yang dilakukan RA sekitar pukul 14.30 (20/1), membuatkan penduduk yang ada di sekitar tower di depan Masjid Jamik Pasar Kepahiang kecoh. Penduduk yang ramai melihat aksi budak tersebut kemudian melaporkan kejadian ini kepada orang tua budak itu dan pihak polis.

"Kejadian itu yang dilihat oleh penduduk yang mahu ke masjid. Pada mulanya meraka tidak tahu budak tersebut cuba bunuh diri, namun kerana budak itu tidak juga turun penduduk mulai bimbang, "ujar Michael, penduduk yang tinggal di sekitar tempat kejadian.

Sementara itu, salah seorang rakan mangsa Sandi (12) mengatakan temannya tersebut memang ada hubungan dengan SA. Dikatakannya, kepada teman-temannya RA memang pernah menyukai SA. "Memang dia sering bercerita kepada kami kalau dia suka sama SA, dan keduanya memang merupakan teman bermain," katanya. 



Sementara itu, pihak Polis Kepahiang yang menerima laporan itu terus turun ke lokasi. "Kejadian ini dilaporkan kepada kami sekitar pukul 15.00, menerima laporan, kakitangan kami lantas menuju tempat kejadian," katanya.

Dikatakannya, aksi yang dilakukan budak ini berlangsung selama 2 jam lamanya, dimana budak tersebut baru mahu turun dari tower tersebut setelah SA sang pujaan hatinya datang di bawah tower dan memujuknya untuk turun.

Akhirnya dibantu dengan keluarga mangsa dan pihak polis budak tersebut berjaya diturunkan dengan selamat. "Mangsa berjaya diturunkan setelah dipujuk oleh keluarganya," katanya.

Sementara itu, SA tidak menolak jika dirinya ada hubungan dengan RA. Mereka berduanya sering bertemu di kedai kopi tempat ayahnya bekerja. Kemudian 2 hari sebelumnya RA menyampaikan isi hatinya kepada SA, bahawa RA suka kepada SA. 

Namun SA mengaku hanya diam sahaja kerana belum begitu faham dengan maksud dari RA tersebut. "Memang 2 hari yang lalu dia (RA) bilang suka sama aku, tetapi aku diam ajo. Aku jugo idak tau ndak ngomong apo, "ujar SA sambil menangis, semalam.

No comments: