Monday, 3 March 2014

USTAZ UAI TAK RETI BERSYUKUR ..... ???!!!


KOTA BHARU – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata," katanya.

“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengendalikan kuliah sesi pertama semalam.

Ketika berceramah, beliau turut memberitahu, golongan manusia yang menolak peraturan ALLAH serta menyifatkan hukum hudud adalah tidak layak dan tidak sesuai juga didakwa sebagai tidak mensyukuri nikmat pemberian ALLAH ke atas dunia ini.

“Sesiapa yang tidak mahu ikut peraturan ALLAH, kata hukum hudud tidak layak, tidak sesuai dan ketinggalan zaman, hadis-hadis ini penipu, tidak berterima kasih kepada ALLAH, dia lebih baik jangan hidup di bumi ALLAH.

“Melainkan kita diberitahu sama ada perkara tersebut (hudud) memang akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditentukan bagi menyediakan pakar-pakar dan sebagainya supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna, kalau macam itu tidak apa, kalau hina hukum Allah, ia bermakna menghina hukum agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut diajukan soalan mengenai golongan anti hadis yang kini menjadi bahan bualan masyarakat. Beliau berpendapat, pihak yang berkaitan perlu mengambil serius perkara tersebut memandangkan ia melibatkan kedaulatan raja-raja sebagai lambang suci agama Islam.

“Asalnya teguran, tazkirah dan nasihat, tapi sudah berpuluh tahun sejak zaman 1980an dulu. Apa yang patut kita buat sekarang ini ialah hukuman, saya harap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka secara tidak langsungnya menghina raja-raja seluruh Malaysia kerana raja-raja di Malaysia ini merupakan lambang negara Islam,” katanya.

Sumber sinarharian



Dapat byk.... dikatanya byk.... 
Dapat sikit  dikatanya tak berbaloi.... 
Klu hati dan itam berkarat mmg sukar nak terima kebaikan....wallahua'lam

No comments: