Monday, 3 March 2014

KISAH PENEMUAN RANGKA MANUSIA GERGASI DI TENGGARA ARAB TIDAK BENAR ... ???


Semalam aku terima kiriman WhatsApp dari seorang kawan mengenai penemuan rangka manusia 'gergasi' telah ditemui di negara Arab. Cerita yang sama telah dikirimkan oleh seorang lagi kawan sehari sebelumnya. Kiriman tersebut berserta gambar (seperti yang dipaparkan) adalah seperti berikut :



Baru-baru ini dalam kegiatan ekspedisi mencari gali gas di gurun pasir di tenggara Arab, kumpulan ekspedisi ARAMCO telah dikejutkan dengan penemuan sebuah tengkorak dengan ukuran yang sangat luar biasa. Wilayah gurun pasir ini disebut juga sebagai wilayah kosong atau dalam bahasa Arab "Rab-Ul-Khalee ".
 Seperti tertulis dalam Al-Quran bahawa Allah (SWT) pernah menciptakan manusia dengan ukuran yang luar biasa. Mereka adalah disebut sebagai kaum "Aad" di mana Nabi Hud (AS) telah diutuskan kepada mereka.Mereka sangat tinggi, besar dan kuat sebagaimana mereka mampu menumbangkan batang pohon hanya dengan menggunakan tangan. Kaum Aad ini kemudian mengingkari perintah Allah (SWT) dan Nabi yang telah diutuskan. Mereka telah melanggar batas-batas yang telah digariskan Allah (SWT) dan kemudiannya mereka telah dimusnahkan. Orang-orang Saudi Arabia percaya bahawa tengkorak tersebut berasal dari kaum Aad. Pihak ketenteraan Saudi Arabia telah diarahkan untuk menutup seluruh wilayah tersebut dan tidak mengizinkan seorang pun memasukinya kecuali pihak ARAMCO. 
Berita ini disimpan secara rahsia tetapi sebuah helikopter tentera telah berjaya merakamkan beberapa keping gambar dari udara dan kemudian salah satu gambar tersebut telah bocor ke pihak ketiga di Saudi Arabia. Perhatikan gambar tersebut dan bandingkan ukuran dua lelaki yang sedang berdiri dengan ukuran tengkorak tersebut.  Wallahuallam....

Aku tertanya-tanya adakah kisah itu benar....???? Jawapan yang aku dapat....... Rupa-rupanya itu adalah kisah 10 tahun yang lalu. Cerita rekaan penemuan rangka manusia gergasi ini dikatakan mula muncul dalam dunia internet seawal Mac 2004.

Gambar tipu ini bertajuk Giants, dihasilkan oleh Encik IronKite menggunakan perisian Adobe Photoshop yang terkenal itu dan dihantar untuk peraduan gambar tipu Archaeological Anomalies 2 yang dianjurkan oleh Worth1000.com pada Oktober 2002

Gambar sebenar ialah gambar carigali tulang gajah mastodon yang dijalankan oleh pihak Cornell University di Hyde Park, New YorkAda orang yang tidak bertanggungjawab telah mengeksploitasi gambar tipu ini dan membuat cerita yang tidak benar tentang gambar tersebut.

Memang benar manusia pada zaman dahulu bersaiz besar. Namun demikian, perbuatan mengada-adakan cerita berdasarkan gambar dan kemudiannya mengedarkannya kepada orang ramai sabagai fakta benar bukanlah perbuatan yang baik. Ia boleh dianggap sebagai menipu dan menipu adalah suatu jenayah yang sangat berbahaya kepada diri sendiri.

Berikut adalah gambar asal yang digunakan untuk membuat gambar tipu tersebut : 



sila rujuk http://www.graphics.cornell.edu/outreach/mastodon/aerial-views.html  untuk melihat artikel carigali yang dijalankan oleh Cornell University.

sila rujuk http://www.worth1000.com/cache/contest/contestcache.asp?contest_id=447 untuk melihat pertandingan yang dianjurkan oleh worth1000.com. 

Credit to : klik di sini

No comments: