Friday 7 March 2014

PENGARAH 'KL GANGSTER' SEMAKIN TENAT DI HOSPITAL ???


KUALA LUMPUR : Keadaan kesihatan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 30 tahun semakin teruk apabila mengalami tekanan darah yang rendah.

Pengarah filem "KL Gangster" itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 2 Mac lalu kerana menghidap demam denggi.

Menurut bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam, anaknya itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami demam yang berpanjangan.

Tambahnya jika kesihatan Syamsul masih tidak berubah, dengan izin doktor anaknya akan dibawa keluar dari hospital untuk majlis pernikahannya.

Bagaimanapun, Syamsul akan dimasukkan ke wad semula selepas majlis selesai.

Majlis pernikahan Syamsul dan pelakon Puteri Sarah Liyana akan diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10 pagi, Sabtu ini.

Astro Awani


Mari sama-sama doakan agar beliau kembali sihat.....

No comments: