Wednesday 26 March 2014

#MH370 - TAJUK UTAMA PORTAL BERITA DUNIA


Laporan CNN mengenai MH370 sebagai berita utama portal berita saluran televisyen berkenaan.

PETALING JAYA: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pesawat MH370 yang mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi pada malam Isnin merupakan berita terpenting apabila dimuatkan sebagai muka depan dan tajuk utama bagi akhbar dan portal berita seluruh dunia.
Sejak pengumuman itu dibuat sehingga pagi Selasa, berita tersebut masih menjadi tajuk utama yang menghiasi muka depan akhbar dan portal berita utama dunia.
Disebalik laporan berkenaan, tidak kurang juga portal berita yang cuba menyelitkan fakta kontroversi dan menyalahkan pihak tertentu termasuk kerajaan Malaysia.
Portal berita saluran televisyen terkenal CNN melaporkan harapan keluarga penumpang dan anak kapal sejak dua minggu lalu untuk menemui ahli keluarga mereka dalam keadaan selamat kini berkecai.
Portal berita The Telegraph pula menjadikan teori membunuh diri yang mungkin telah dilakukan sebagai tajuk berita.
Bagaimanapun portal itu gagal menyebut pihak yang memberikan teori berkenaan dan hanya mengatakan maklumat itu daripada pasukan penyiasat.
Sementara itu, Daily Mail Online pula berkongsi mengenai kesedihan keluarga penumpang di China yang kecewa dengan berita terbaharu itu.
Manakala Metro.co.uk pula menyebut keluarga penumpang China menuntut pihak yang bertanggungjawab dikenalpasti.
Portal berita itu juga menyifatkan pengumuman perdana menteri sesuatu yang lewat dilakukan serta memalukan sedang ia dibuat sejurus selepas Najib mendapat taklimat daripada pasukan penyiasat.
Selain itu, portal berita BBC pula mendakwa pesawat MH370 telah terhempas ke dalam laut dengan memetik pengumuman Najib bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.
Sumber mStar Online

No comments: