Thursday 6 March 2014

LELAKI HADIAHKAN TELUR TEMBELANG SELEPAS TERESACOCK BERCERAMAH !!!?????


BUKIT MERTAJAM : Ceramah anjuran pakatan pembangkang di Taman Cermai, dekat sini yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bertukar kecoh malam tadi apabila beliau diberi telur busuk oleh seorang lelaki tidak dikenali sejurus selesai berceramah. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Teresa dihampiri seorang lelaki yang hendak bersalam dengan beliau selepas memberi ceramah bagi menerangkan isu berhubung klip video Onederfull Malaysia. 


Telur busuk yang digenggam pada tangan lelaki itu pecah ketika dia bersalam dengan Teresa dan insiden berkenaan disedari pengawal yang bertugas. 

Teresa kemudiannya segera dibawa keluar dari tempat ceramah dengan kawalan ketat Unit Amal Pas, manakala lelaki terbabit ditahan penyokong pakatan pembangkang sebelum dipukul. 

Teresa yang diiringi keluar kelihatan terkejut dengan kejadian berkenaan dan meninggalkan lokasi ceramah kira-kira lima minit selepas itu. Berita Harian

No comments: