Sunday 16 February 2014

VOLKSWAGEN PASSAT KARAM SINGH WALIA DITEMUI DI JOHOR

VW Passat Milik Karam Singh Walia di Temui di Johor

Polis Johor menemui kereta Volkswagen Passat milik wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di sebuah rumah di Kempas, Johor Bahru awal pagi tadi.


Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, tiga suspek berumur antara 36 hingga 39 tahun yang dipercayai pakar dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta turut ditahan. 

Kereta itu dilarikan dari rumah Karam Singh di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada 13 Februari lalu.

Beliau berkata turut ditemui ialah dua buah kereta lain dan pelbagai barangan yang dipercayai turut dicuri.

"Kita percaya kumpulan ini mempunyai rakan subahat yang lain dan kita akan menjalankan siasatan untuk mengesan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Mokhtar berkata suspek akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan susulan. - BERNAMA 

No comments: