Thursday 6 February 2014

TERESA 'COCK' REMBAT DANA DAP ..???

alt

PETALING JAYA 6 Feb - Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim terus ditimpa desakan bertali arus daripada ahli parti sendiri berhubung isu berkaitan dana parti itu dan kini melibatkan sejumlah RM40,000 yang diperuntukkan untuk membeli patung 'Kung Fu' replika dirinya bagi tujuan kempen Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Bekas Pengerusi Perhubungan Parlimen Seputeh Wong Choo Chieng berkata ketika menjawat jawatan itu beliau tidak dimaklumkan bahawa kononnya patung kempen yang tertera tulisan 'Hentam Rasuah' itu merupakan sumbangan daripada pihak ketiga.

"Saya juga tidak mengetahui bahawa patung 'Kung Fu' figurin YB Teresa Kok ditaja oleh orang tetapi yang saya ingat ialah saya pernah menandatangani satu cek berjumlah RM40,000 kepada satu pembekal," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini semalam.
 

alt

Dalam masa sama, Wong turut 'membersihkan' namanya dengan menyatakan kenyataan Bendahari Pilihanraya Umum Ng Yoot Kuen sebelum ini berkaitan kuasa ketika menurunkan tandatangan dalam hal melibatkan parti adalah tidak benar bahkan kewujudan sebuah firma perakaunan tanpa pengetahuannya selaku Pengerusi Perhubungan turut menjadi tanda tanya.

"Puan Ng Yoot Kuen selaku Bendahari Pilihanraya Umum mengatakan bahawa kebanyakkan cek Ambank ditandatangani oleh saya bersama Peter Seen Sai Hoe, adalah kenyataan yang tidak benar sama sekali,"

"Sebagai Pengerusi Perhubungan Parlimen saya terlibat secara langsung di dalam Pilihanraya Umum ke 13 dan saya tidak mengetahui langsung bahawa ada satu firma perakaunan bernama Ecolvis AHL Chartered Accountant dilantik sebagai auditor kami. Saya hanya mengetahui perlantikan firma ini menerusi siaran akhbar," tegas Wong yang kini masih ahli parti yang sah.

Sementara bekas pembantu Teresa Kok, Tony Tan berkata Ahli Parlimen Seputeh itu sewajarnya menafikan segala persoalan berunsur rasuah dan penyelewengan yang timbul terhadap dirinya dengan bertindak menyaman pihak yang mendedahkannya.

"YB Teresa pembohong. Sila saman saya. Jawab kepada Wong Choo Chieng yang dulu pernah memegang jawatan Pengerusi Perhubungan Parlimen Seputeh, kemana hilang duit peruntukkan RM40,000 untuk membeli patung," katanya dalam sidang media sama.

Sekitar Febuari hingga Mac 2013 patung tersebut dikatakan akan dijual kepada orang ramai dalam kempen PRU13 bagi meraih undi. Kos untuk pembelian bagi setiap patung adalah sebanyak RM6 manakala RM16 pula harga jualan sekaligus mengaut keuntungan kasar RM14 bagi setiap unit dan RM112,000 nilai keseluruhan.

"Satu sen pun (keuntungan) tidak masuk akaun parti sedangkan ia merupakan aset," katanya.

1 comment:

Unknown said...

Lepas ni Najib boleh usulkan di parlimen pindaan undang-undang supaya kaum cina di Malaysia kebal dari undang-undang Malaysia.. Mereka tidak boleh didakwa dan bebas melakukan kesalahan.. Saya dah bosan dengan situasi politik sekarang!! Pemimpin-pemimpin UMNO tiada telur.. Penakut dan lembab..