Thursday 27 February 2014

EXCO PEMUDA UMNO MAUT KEMALANGAN KERETA



KUANTAN: Anak bekas Pemangku Sultan Terengganu, Datuk Syed Omar Abdul Kadir al-Idrus maut selepas kereta dinaiki bersama seorang rakannya hilang kawalan lalu merempuh kawasan berbukit berhampiran susur keluar Kuantan, di Kilometer 240, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), menghala ke Jabor,Terengganu. 


Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, mangsa, Syed Mohd Hafizuddin Syed Omar, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan manakala rakannya, Kamal Rohaidi Abd Halim, 41, cedera ringan. Kredit gambar: Facebook Buletin TV3



SUMBER menyatakan bahawa Syed Hafizuddin Dato' Syed Omar adalah EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus yang juga merupakan Pengerusi Majls Belia Daerah Kuala Terengganu. 



AL-FATIHAH...

No comments: