Wednesday 15 January 2014

'SULTAN MELAKA' HANYA BERMOTIFKAN WANG ???

rakyatnews_raja

MELAKA 15 Jan - Individu yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' Noor Jan Tuah hanya memanipulasi orang ramai untuk kepentingan peribadinya.
 
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau harus menerima tindakan kerana melanggar undang- undang. 
 
"Apa yang didakwa mengenai dirinya dan apa saja perubahan pentadbiran yang kononnya ingin diperkenalkan, seperti mengutip wang dan mengenakan ufti kepada rakyat Melaka, semuanya bermotifkan wang.
 
"Kami perlu menghentikan perkara ini," katanya 
 
Idris berharap Noor Jan akan didakwa di mahkamah kerana tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.
 
Beliau turut menyatakan rasa bimbang terhadap pengikut Noor Jan dan penyokongnya, kerana segelintir daripada mereka terlalu taksub dengan dakwaan dia waris sebenar Sultan Melaka.
 
Terdahulu, Noor Jan menuntut haknya sebagai Sultan Melaka dan diiktiraf oleh rakyat, Majlis Raja-Raja Melayu dan pihak kerajaan Malaysia tanpa mengharapkan sebarang balasan.

No comments: