Tuesday 7 January 2014

RAJA NOOR JAN SHAH : SULTAN MELAKA ?? SULTAN PERAK ???


MELAKA : Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka seperti didakwa sendiri oleh beliau.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata ini adalah kerana isu tuntutan takhta Sultan Melaka bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa sehingga ia perlu dibicarakan di ICJ.

Beliau juga berkata tindakan Raja Noor Jan Raja Tuah yang mendakwa beliau adalah Sultan Melaka, adalah bertentangan perlembagaan negara.

Menurutnya, perlembagaan negara sudah menyatakan Melaka adalah salah sebuah negeri bukan bersekutu iaitu negeri selat.

“Ini menjadikan Melaka ditadbir wakil persekutuan yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri.

Idris berkata demikian semasa mengulas dakwaan Raja Noor Jan yang telah diiktiraf oleh ICJ sebagai Sultan Melaka pada 25 November tahun lepas.

Menurut Idris lagi, beliau bagaimanapun turut meragui kesahihan tandatangan surat dari mahkamah berkenaan.


ADMIN try google nama Raja Noor Jan Shah Raja Tuah.... konfius apabila terjumpa link berikut :



Siapa sebenarnya Raja Noor Jan Shah ni.... waris Kesultanan Melaka atau Perak..???

1 comment:

Xeno said...

As-Salam.

Saya dah email ICJ tentang perkara ini, dan ICJ menidakkan bahawa pihak mereka ada mengiktiraf raja Noor Jan. Tambahan pula, orang yang dikatakan wakil ICJ tu ialah seoran scammer yang dah banyak kali menipu Sultan2 di Nusantara termasuk di Sulu.

Saya tulis semua di blog saya di sini http://tikamanbinasa.blogspot.com/2013/12/fake-king-of-malacca-and-his-fake-letter.html

Tolong sebarkan. Orang ini Ricky Nathaniel menyamar jadi wakil ICJ dan banyak rasmikan majlis-majlis di Malaysia, walaupun dia bukan hakim. Surat yang ditulis juga tatabahasa salah, dan mohor itu bukan mohor ICJ.