Wednesday 8 January 2014

PROJEK KLIA 2 : 'DATO' RASUAH RM 2 JUTA DITAHAN

Tapak projek pembinaan KLIA 2
Tapak projek pembinaan KLIA 2

Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Dato’ dan rakannya ditahan reman selama lima hari bermula Rabu oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah sejumlah RM2 juta.

Individu bergelar ‘Dato’ itu yang merupakan Pengarah Urusan sebuah syarikat kejuruteraan dan rakannya ditahan oleh pegawai dari Bahagian Operasi Khas SPRM kira-kira jam 8.30 malam Selasa.
Kedua-dua mereka yang berumur dalam lingkungan 50-an ditahan bagi membantu siasatan SPRM membabitkan penerimaan rasuah RM2 juta bagi kontrak berkaitan dengan urusan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penghantaran 200 buah lori dari sebuah syarikat China, kata Dato’ Jamidan Abdullah, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM dalam satu kenyataan kepada bnbbc.my.
Lori-lori yang dibeli dari syarikat di China itu adalah bagi kegunaan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua (KLIA2).
Kedua-dua individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-bnbbc.my

No comments: